nuffnag ads

Image Slider

Thursday, 26 December 2013

KEBAIKAN SPIRULINA ELKEN

KEBAIKAN SPIRULINA ELKEN

Spirulina elken sangat terjamin kebersihannya,
 tidak berbau hanyir seperti sesetengah produk spirulina lain
 dan 100% organik.
Lihatlah  perbandingan khasiat spirulina:

Berikut adalah antarankebaikan spirulina elken:

1. Antikelesuan - mengatasi masalah mudah letih, keletihan bekerja,kurang   
    tenaga, ketidakseimbangan hormon, daya imun merosot, insomnia.
2. Menyihatkan otak- sesiapa sahaja termasuk janin , kanak-kanak dan pelajar.
3. Antipenuaan
4. Memulihkan anemia- sesiapa sahaja termasuk wanita hamil.
5.  Memulihkan malnutrasi - untuk mendapatkan nutrasi yang seimbang.
6. Memulihkan ketidakhadaman - bagi merekanyang mempunyai masalah
     penghadaman.
7. Mencegah masalah gastrousus , melegakan ulser perut.
8. Anti radiasi - mengatasi masalah radiasi bagi yang sering menggunakan
     komputer, telefon binbit atau bagi yang terdedah dengan radiasi.
9. Memulihkan allergi
10. Membersihkan darah- membersihkan darah dari toksik dan bahan cemar
     dalam buah pinggang dan hati.
11. Menambahkan rasa kenyang
12. Mencegah kelesuan mata
13. Terapeutik - meningkatkan metabolisme dalam tisu, menyingkirkan toksik, agar badan dapat mempunyai daya penyembuhan penyakit yang hebat.

berminat boleh contact sye 014-2632433

KENAPA PERLU??

KENAPA PERLU??

Ingat tak aku citer kat korang tentang RO (Reverse Osmosis), hari ni aku nak citer tentang penapis air Elken Bio Pure. Ops! Jap..jap.... Aku bukan jurujual malah bukan nak menjual, aku nak sharing... macam nama blog member aku SHARING IS CARING. Aku agak mungkin ramai yang tak tau tentang kepentingan penapis air di rumah kita. Sebelum ni aku telah disharingkan tentang penapis air ELKEN BIO PURE ni so aku pun nak share le ngan korang sume...
Siri Elken Bio Pure

Untuk pengetahuan, sekarang aku sendiri dalam proses untuk memilikinya. Insya Allah hujung bulan 4 ni aku dapat le... Memang lain dari yang lain. Nak tau kenapa aku berminat membeli Elken Bio Pure? Baca sampai abis tau.....

Tapi sebelum tu, apa yang korang tau tentang Elken Bio Pure?

Dalam banyak-banyak penapis air, hanya Elken Bio Pure sahaja penapis air yang menghasilkan AIR (H2O), iaitu air bersih, tulen dan bebas dari bahan pencemar. Seperti yang aku citerkan dalam entry aku sebelum ni tentang air.

Berbanding penapis-penapis air dari syarikat MLM yang lain, Elken Bio Pure mengetengahkan 4 teknologi dalam satu sistem penapisan air iaitu:
1. Osmosis Songsang (Reverse Osmosis)
2. Karbon Teraktif Berbutir Organik
3. Teknologi Penapisan Zarah Halus
4. Bio Seramik

Korang boleh tengok secara interaktif bagaimana keempat-empat teknologi ini bergabung dengan 5 peringkat penapisan yang akhirnya menghasilkan satu produk iaitu AIR (H20) dari penapis air Elken Bio Pure.



Selain dari keistimewaan 4 teknologi tersebut, membran R.O Elken Bio Pure ini menggunakan membran pelbagai lapisan yang diperbuat daripada bahan poliamida berkualiti tinggi dalam rekaan lilitan pilin, dengan liang saiz berkesan berukuran 0.0001 mikron. That's why Elken Bio Pure mampu untuk memerangkap sebarang bentuk bahan pencemar di dalam air seperti bakteria, virus, logam berat dan sebagainya.

Manakala karbon teraktif berbutir organik di dalam sistem penapisan Elken Bio Pure ini berfungsi untuk mengurangkan bahan kimia organik, rasa dan bau busuk di dalam air. Dan ia tidak seperti kebanyakan karbon berdasarkan batu arang lain yang hanya melarut resap logam berat atau bahan pencemar lain.

Selain itu, Elken Bio Pure adalah satu-satunya jenama yang mendapat penganugerahan peringkat antarabangsa untuk kualiti, reputasi dan inovasinya. Antaranya ialah mohor emas atau GOLD SEAL dari Water Quality Association yang merupakan satu jaminan di mana sistem/ komponen/ alat tambahan rawatan air telah memenuhi atau melepasi taraf industri dari segi:
1. Pengurangan bahan pencemar
2. Kesempurnaan struktur
3. Keselamatan bahan

Elken Bio Pure juga telah dianugerahkan pengiktirafan Gold Winner dari Reader's Digest Trusted Brand 2008 dan 2009 bagi kategori Water Purifier.


Macam mana? Boleh percaya ke....?? Mungkin korang kata ada apa dengan anugerah-anugerah tu untuk buktikan Elken Bio Pure ni harus ada di dalam rumah kita? Lagi satu mungkin jugak korang rasa macam mana nak dapatkan khasiat dan nutrien dari air kalau kita minum air RO?

Ceritanya begini....
1. Perlukah mineral dalam air minuman?
Jawapannya: TIDAK!!
Sebab: Air bukanlah sejenis nutrisi yang mampu memberikan sumber mineral untuk keperluan badan. Sebaliknya mineral yang diperlukan oleh badan adalah melalui makanan dan bukan air minuman (rujukan: http://www.wqa.org/sitelogic.cfm). Selain itu, hampir semua mineral dalam air paip berjenis bukan organik (batu-batuan terlarut/ batu) maka ia tidak mudah dihuraikan oleh sistem badan kita. Malahan, jika terkandung mineral organik di dalam air pun kita tidak akan memperolehi mineral yang cukup hanya dengan meminum air.

2. Adakah Air RO berasid?
Jawapannya:
TIDAK!!
Sebab: Dengan meminum air RO yang rendah pH tidak akan memberi sebarang kesan terhadap pH badan seseorang. Ini kerana nilai pH perut seseorang yang sihat biasanya kurang daripada 2 (rujukan: http://www.newworldencyclopedia.org/entry/Stomach). Selain itu, nilai pH Air tulen juga adalah 7.0 (rujukan: http://www.newworldencyclopedia.org/entry/PH).

3. Kenapa perlu minum air RO?
Jawapannya: Air RO adalah kombinasi yang sesuai dengan makanan berkhasiat yang kita makan untuk memastikan tubuh badan yang sihat.
Sebab: Badan kita memerlukan nutrien yang diperolehi hanya melalui makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain untuk kekal sihat. Air RO adalah kombinasi yang sesuai dengan tubuh badan kita kerana FUNGSI AIR adalah sebagai air minuman dan bahan pelarut. BUKAN berfungsi untuk memberi tenaga dan nutrien kepada tubuh badan manusia.

Bagaimana? Aku harap apa yang aku paparkan dalam entry aku ni memberikan sedikit maklumat kepada korang betapa pentingnya untuk kita semua memastikan kebersihan dan ketulenan air yang kita minum benar-benar terjamin.

Penapis air biasa tidak mampu selesaikan masalah air sakit

Tahukah anda?
Sistem penapisan air BIASA tidak mampu menyelesaikan masalah air sakit

Dahulu air kotor,hari ini air sakit


Pada Hari ini boleh dikatakan setiap buah rumah di Malaysia memiliki penapis air,Ini menunjukan betapa Masyarakat kita pada hari ini sedar akan keperluan mempunyai penapis air dan begitu mengambil berat tentang kebersihan air yang digunakan di rumah mereka setiap hari.Syabas dan tahniah wajar di ucapkan kepada mereka atas kesedaran tersebut.

Namun masih ramai di antara kita yang tidak tahu bahawa penapis air biasa tidak mampu menapis sisa ubatan,bahan cemar organik,racun rumpai,sisa perindustrian dan logam berat.Walaupun pada zahirnya air dari tapisan biasa nampak jernih namun ia masih mengandungi bahan cemar seperti di atas,yang boleh menyebabkan berbagai jenis penyakit seperti batu karang ,buah pinggang,penyakit kulit dan lain lain lagi.

Setiap tahun 2,500 orang rakyat Malaysia didiagnosis mengalami kerosakan buah pinggang (sumber : The Star ,11 March 2011),Manakala Seramai 10,000 orang pesakit dialisis di Malaysia sedang menunggu dermaan buah pinggang (sumber: The Star 18 Oct 2010),Tetapi hanya 17% sahaja yang akan menerima pemindahan buah pinggang kerana kekurangan penderma organ yang sesuai (sumber : Scientific Research Publishing Company,Research Journal of Medical Science,Year 2011)
Risiko Kanser
Hampir 100,000 rakyat Malaysia mengalami Kanser ,dan hampir 10,000 pesakit kanser baru di Malaysia setiap tahun,Manakala 1 daripada 4 rakyat Malaysia akan menghidap kanser pada usia 75 tahun

Menjaga kesihatan itu lebih baik dari mengubati.Oleh itu marilah kita berusaha untuk memiliki BIO PURE ELKEN kerana Ia merupakan 
 Sistem RO dengan penulenan 5 peringkat yang mampu menyingkirkan hampir semua kontaminan seperti sisa ubatan,logam berat,arsenik,bahan radioaktif,lumpur,dan banyak lagi.BIO PURE ELKEN hanya meninggalkan air yang tulen dan selamat.

Perkongsianku demi kebaikan bersama bukan hanya wang semata.Fikir fikir kan.
Sekiranya berhajat untuk membeli sila hubungi saya 014-2632433

Tuesday, 24 December 2013

Jenis-jenis penyakit yang disebabkan oleh Makhluk Halus

Soalan:
Saya pernah membaca dalam beberapa penulisan termasuk penjelasan yang ustaz telah berikan dalam Harakah yang lepas bahawa makhluk halus (jin, syaitan dsbnya). Bolehkah ustaz jelaskan apakah jenis-jenis penyakit boleh dilakukan oleh makhluk ini kepada manusia?

Jawapan oleh Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din:
Berdasarkan kepada nas-nas yang sahih khususnya dalam al-Quran dan sunnah Nabawiyyah, bahawa Allah SWT memperincikan bahawa makhluk halus seperti jin, ifrit dsbnya, dalam keadaan tertentu boleh memberikan berbagai penyakit ke atas anak Adam.


Di antara penyakit itu disebut dalam Surah al-Baqarah ayat 102 (mafhumnya), “Sesungguhnya orang-orang yang memakan riba’ tidak dibangunkan pada Hari Kiamat melainkan dalam keadaan seperti orang yang telah rasuk oleh syaitan daripada sentuhan yang membawa kepada kecelakaan.”
Istilah yang Allah digunakan dalam ayat tersebut ialah ‘attkhabbut’ yang bermakna dipukul dengan kuat atau dicederakannya.

Surah al-A’raf ayat 201, Allah menggunakan perkataan ‘almass’ yang diantara maksudnya, “Sesungguhnya orang-orang yang taqwa itu apabila mereka diganggu oleh syaitan dengan ‘mass’, sentuhan yang boleh membawa kepada kehilangan akal oleh jin-jin yang berkeliaran. Mereka segera ingat kepada Allah SWT, lalu mereka dapat pulih.”

Surah al-Mujadalah ayat 19, Allah menggunakan perkataan ‘istihwaaz’, maksudnya syaitan boleh menguasai dan mengalahkan manusia sehingga mereka tidak sedarkan diri atau lupakan segalanya.
Surah al-A’raf ayat 300, syaitan boleh mengenakan kepada manusia ‘annazghu’ atau menipu dan menghasut untuk melakukan kejahatan. Ertinya golongan syaitan boleh menipu dan menghasut manusia sehingga kepada membunuh.

Surah as-Saad ayat 41, syaitan boleh mengenakan ‘annasad’ dalam ayat ini yang mafhumnya, “Dan ingatlah peristiwa hamba kami Ayub a.s, ketika ia bermunajat kepada Allah dengan mengadu katanya, ‘sesungguhnya saya ya Allah, dikenakan oleh syaitan dengan ‘nusghin wa azab’.” Nasad yang membawa makna penat atau lebih yang amat sangat.

Jelas bahawa kepenatan, keletihan, kesusahan dan azab sengsara boleh dilakukan oleh makhluk ini berdasarkan ayat-ayat yang saya sebutkan.

Dalam sunnah yang sahih, disebut bahawa syaitan dan suku sakatnya boleh menyebabkan manusia menjadi gila. Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, dikisahkan tentang seorang anak muda yang baru berkahwin sempena dengan Peperangan Ahzab. Beliau menyertai Rasulullah s.a.w mengorek parit di waktu tengahari, beliau memohon izin kepada Rasullah untuk pulang. Rasulullah keberatan mengizinkan. Namun atas desakannya lalu dibenarkan. Bagaimanapun Rasullullah mengingatkan kepada pemuda tersebut supaya membawa senjata. Apabila sampai di rumah beliau dapati isterinya berada di luar rumah. Lalu dilihat dalam rumahnya ada ulat hitam yang besar. Pemuda ini terus menusuk tombaknya kepada ular tersebut. Lalu ular itu menggelupur, tapi dalam waktu yang sama pemuda itu turut menggelupur. Akhirnya ular itu mati dan pemuda pun mati juga. Apabila peristiwa ini dimaklumkan kepada Rasulullah, lalu baginda menyebut itu (ular) adalah jin. (Sahih Mulim, Juzuk ke 4 hadis 1756).

Suatu peristiwa lain, Yaa’li bin Murrah menceritakan dari bapanya, bahawa suatu ketika seorang perempuan telah membawa anaknya yang berpenyakit ‘lammam’ (akal yang bercelaru atau gila). Rasullah s.a.w merawatnya dengan membaca sesuatu, lalu baginda menepuk belakangnya dan pemuda itu termuntah lalu keluarlah objek kehitam-hitaman berlari keluar dan terus hilang, lalu pemuda ini kembali siuman seperti biasa. Hadis ini terdapat dalam Musnah Imam Ahmad.

Inilah di antara sebahagian penyakit yang boleh dicetuskan syaitan ke atas manusia.

Ayat Al-Quran untuk benteng diri daripada iblis dan manusia

Lakukan selepas sembahyang Maghrib dan Subuh
Bacalah Surah al-Qadr sebanyak 3 kali
ayt benteng diri1
Kemudian berdoa dengan ayat berikut:
ayt benteng diri2


Baca surah an-Nas

ayt benteng diri3



Ayat sebagai benteng daripada godaan syaitan dan semua perangkapnya. Amalkan ayat di bawah

ayt benteng diri dr jin dan manusia
Cuba amalkan doa di bawah ini sebanyak 3x
ayt benteng diri4
Doa benteng bagi ganguuan jin dan manusia
ayt benteng diri dr jin dan manusia1
Benteng dari melewati tempat-tempat berhantu
ayt benteng diri dr jin dan manusia2
Ayat sebagai benteng daripada perkara-perkara berbahaya melibatkan jin dan syaitan seperti sihir dan santau, amalkan ayat 1-10 Surah As-Soffat
ayt benteng diri dr jin dan manusia3

Faktor-faktor Gangguan Makhluk Halus


Al-Quran memperakui adanya jin-jin. Terangkum dalam golongan jin adalah iblis dan syaitan. Malah Al-Quran sendiri menyatakan Allah menjadikan jin lebih awal daripada Adam. Gangguan jin-jin terhadap manusia adalah suatu hakikat yg tidak dapat kita nafikan. Allah s.w.t menjadikan makhluk jin berkemampuan berubah dari satu bentuk kepada satu bentuk yang lain dengan cepat kerana jasadnya yang halus.
Kerana itu, mereka berupaya menyakiti manusia dengan memasuki kedalam badan manusia melalui cara halus. Jin-jin ini Allah jadikan di dalam berbagai bentuk, ada yang besar, tinggi, rendah, kecil dan sebagainya. Tetapi Allah memberikan keupayaan kepada mereka untuk mengecilkan jasad mereka dan memasuki tubuh badan manusia.
Dalam sebuah hadis sahih daripada Safiyah r.a. dijelaskan bahawa Rasuallah s.a.w. ada bersabda: Sesungguhnya iblis dan syaitan itu berlari dalam tubuh anak Adam menuruti pembuluh (saluran) darah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Berikut adalah faktor-faktor yang menyebabkan gangguan makhluk halus:
Berpunca Daripada Jin
  • Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
  • Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.
  • Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.
  • Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.
  • Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.
  • Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir.
Berpunca Daripada Manusia
  • Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
  • Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
  • Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.
  • Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta.
  • Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
  • Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang yang hasad dengki.
  • Sikap manusia yang takkabur dan mencabar.
  • Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk:
  1. Terlalu marah.
  2. Terlalu takut.
  3. Nafsu syahawat yang tinggi.
  4. Manusia yang lalai.
  5. Jahil
  • Mengamalkan sihir dan amalan-amalan yang salah seperti silat yang berkait dengan jin sehingga memakan diri.
  • Kesanggupan menerima jin (saka) menyebabkan anak-anak dan cucu menjadi mangsa.

BOLEHKAH MENGAMALKAN ILMU YANG DIPEROLEHI DARIPADA MIMPI?


Mimpi adalah permainan tidur. Kebanyakan mimpi berlaku hasil daripada khayalan, imaginasi manusia tentang sesuatu hal dan gambaran yang amat diingini atau ditakutinya. Mimpi juga biasanya mainan syaitan yang ingin menyesatkan manusia melalui mimpi. Sesuatu yang berlaku dalam mimpi itu jarang sekali menggambarkan yang sah ataupun yang sebenar.
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Ibn Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Tidak tinggal daripada nubuwwah (kenabian) melainkan mimpi-mimpi yang benar (al-Ru’ya al-Sadiqah).”
Mimpi-mimpi yang benar ini amat jarang berlaku. Kadangkala dilihat sebagai benar, namun apabila diteliti ia tidak benar sama sekali. Mimpi manusia biasa tidak serupa dengan mimpi Anbia dan al-Mursalin. Mimpi para Anbia dan al-Mursalin adalah benar sedangkan mimpi manusia biasa lebih banyak terdedah kepada pelbagai penipuan Iblis.

Persoalannya :
Bolehkah mengamalkan ilmu yang diperolehi daripada mimpi?
Secara umumnya Islam meletakkan saluran yang tertentu untuk menyebarkan ilmu. Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 43, maksudnya:
“Kami tidak mengutus Rasul sebelummu wahai Muhammad, melainkan daripada kalangan orang lelaki yang kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.”
Istilah yang digunakan dalam ayat ini adalah ahl al-Dhikr, iaitu orang yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah SWT. Siapa lagi kalau bukan ulama yang muktabar. Salah satu tuntutan syarak ialah kita mengambil ilmu daripada ulama yang muktabar.
Dalam konteks ini, sudah ramai ulama dalam masyarakat yang boleh membantu anda melakukan ibadah. Jika anda memerlukan kepada orang yang boleh mendampingi dan menunjuk ajar ilmu perubatan sama ada perubatan alopati atau berasaskan doa dan ayat-ayat al-Quran, anda boleh mendapatkannya dengan mudah. Jangan mengambil ilmu daripada mimpi yang anda sendiri tidak pasti siapakah yang ditemui dalam mimpi itu.
Oleh yang demikian, ada dua kemungkinan sama ada arahan di dalam mimpi itu benar daripada orang yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT atau berkemungkinan hanya lakonan Iblis. Anda dinasihatkan jangan mengambil risiko kerana mentaati mimpi amat terdedah kepada risiko yang begitu besar, iaitu melakukan ibadah bukan kerana Allah SWT tetapi kerana syaitan.
Wallahu a’lam.

Wednesday, 18 December 2013

Promosi Maksiat & Buka Aib Sendiri

Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkan pelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika dosa memenuhkan ruang kehidupannya dengan dosa, keimanan akan menurun, memberi kesan kepada seluruh amalan. Solat menjadi tidak khusyu’ dan berat, demikian amalan kebaikan dirasa membosankan dan teramat menjemukan. Perasaan kesal dan rasa bersalah atas pelakuan dosa pulaakan semakin pudar, hasilnya, keimanan di dalam hati menjadi semakin malap tanpa sinar.

Dosa dan pahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan kesedaran sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin mengejutkannya di hari pembalasan kelak, sama ada disebabkan dosa yang di luar jangkaan atau timbunan pahala yang tidak disangka. Jika ia pahala, Alhamdulillah, namun bagaimana jika dosa yang memenuhi buku catatan amalan?

Melalui artikel ini, sekadar ingin mengingatkan kita semua agar lebih peka terhadap salah satu punca percambahan dosa. Malah dosa yang kecil boleh berubah wajahkepada Kabair (dosa besar) akibatnya. Tujuan tulisan ini tidak lain agar kita semua dapat lebih berhati-hati terhadap dosa yang tidak disedari sedangdipromosi dan disebarkan.

Perlu kitasemua fahami, manusia selain Rasulullah s.a.w tidak akan dapat lari dari dosa. Paling kurang dosa-dosa kecil. Sebagai contoh, dosa-dosa kecil amat mudahdiperolehi apabila kita menonton televisyen sama ada melalui tontonan aurat lelaki wanita di dalam siri drama, filem iklan, hatta berita. Dosa kecil juga boleh berlaku apabila kerananya sekiranya seseorang itu melalaikan tanggungjawab agama yang lain dan pelbagai lagi kekurangan kerananya.
Telah dibincang panjang lebar oleh ulama Islam, TV dan filem adalah neutral, jika digunakan untuk tujuan kebaikan, maka pahala diperolehi, jika keburukan, dosa tentunya.
Sudah menjadi normla hari ini, hampir semua keluarga mempunyai TV walau setinggimanapun tahap keilmuan agamanya. Jika tiada TV, internet juga turut memasuki kebanyakan rumah umat Islam hari ini, segala jenis filem dapat ditontoni melaluinya.

Diketika saya bersetuju dan tertarik dengan seruan para ilmuan dan pendakwah agar kita memboikot Yahudi Zionis dengan memboikot segala jenis hiburan melalaikan di televisyen atau internet, kerana itu adalah antara agenda penting mereka dalam merosakkan umat Islam. Namun begitu, sebahagian pendakwah ini mungkin terlupa menyedarkan, bahawa filem-filem dan drama yang biasanya ‘box office’ karya Hollywood juga adalah karya hedonimse Barat dan Yahudi Zionis. Itu jugas epatutnya diboikot.

Namun, desakan nafsu dan Syaitan kerap mendorong sebahagian kita untuk terus melihatkisah-kisah paparan kreativiti karyawan Barat ini. Walau kita tahu ia bercampurbaur adegan dosa ( berpelukan, bercium dan sebagainya) dan pemaparan aurat tentulah amat pasti.
Benar, secara umumnya, ia mungkin masih dianggap dosa-dosa kecil. Dosa kecil disebut oleh Nabis.a.w boleh terhapus dengan solat fardhu, solat Jumaat, zikir, istighfar danpelbagai amalan lain. Namun demikian, dosa kecil seperti itu boleh berganda sehinggaadakalanya amalan seseorang tidak lagi mampu memadamkan keseluruhannya.

Ia adalah apabila tontonan kita itu dikongsikan kepada orang lain melalui pendedahan kita sendiri sama ada di ketika bercerita berkenaannya, mungkin dalam ulasan kita. Atau lebih teruk lagi dipamerkan di FACEBOOK sebagai filem (movies) yang diminati, dramaTV disukai, buku didambai, muzik dikagumi dan sebagainya.

Bagi saya, tindakan mengisi ruang itu dengan sebarang filem yang majoritinya mendedahkanaurat dan bercampur baur pengajarannya adalah sama seperti mempromosikannya, memberikan iklan percuma kepadanya, memaklumkan keredhaan kita terhadapnya.
Mungkin terkecuali jika kita menyiarkan minat kita terhadap movie pengajaran seperti KungFu Panda, Toy Stories, Cars, Omar Mukhtar atau dokumentari dan keagamaan seperti National Geographic, Discovery Channel, Berita, Al-Kuliyyah, Tanyalah Ustaz, Halaqah, Akademi al-Quran dan sebagainya.

Memaparkan minat kita rancangan TV atau Movie yang jelas bercampur aduk dosa dalam majoriti adegannya seperti ‘DesparateHousewives’, ‘Friends’, ‘Pretty Women’, ‘Notting Hill’, ‘Kuch Kuch Hota Hai’, ‘HEROES’ dan jutaan lagi filem sepertinya.
Walaupun seseorang itu memang meminati dan menontonnya, namun sedarilah tontonan itu mengakibatkan banyak dosa-dosa kecil. Tontontan itu tanda akibat kelemahan diri kita sehinggaterjebak dalam dosa sebegitu.

Memaklumkannya kepada orang lain akan minat kita terhadap filem itu adalah dosa gandaan yang lain. Ia adalah sebuah promosi iklan secara percuma. Malah mendedahkan sokongan kita terhadap movie dan drama bermaksiat. Bukan sekadar movies sahaja  malah hal yang sama terpakai buat promosi buku, novel, muzik dan public figureatau artis (khususnya di facebook).
Saya bimbang, keghairahan berkongsi segala-galanya di dalam facebook, blog dan forumakan tanpa sedar mempergandakan dosa seseorang.

Kecuali jika diyakini dengan ilmu dan iman bahawa pengajaran BAIK dari filem yang ingindikongsi tersebut atau ditanda sebagai ‘like’ itu MELEBIHI UNSUR DOSA DAN BURUK. Sebagaimana drama-drama bermesej islam, penuh pengajaran tetapi masihdilakonkan oleh pelakon mendedah aurat. Jika diyakini unsur positifnya melebihidan negatif, tatkala itu mungkin wujudnya sedikit justifikasi untuk dipapar danditonjolkan dalam senarai drama diminati. Dengan niat agar orang lain turutmendapat pengajarannya.
Selain berkongsi minat terhadap hal yang disebut di atas, ada juga yang mendedahkan dosanya melalui gambar. Gambar seperti :
  • ketika sedang minum arak.
  • hadiri parti
  • penuh maksiat.
  • hadiri majlis dosa.
  • sedang berpelukan lelaki wanita.
  • atau bersentuhan wanita dan lelaki yang bukan mahram (walaupun bagi seorang doktor kerana keperluan, tetapi gambar sedemikian PATUT disembunyikan).
  • dan sebagainya.
Sekiranya semua yang disebut tadi dikongsi di facebook dan blog, kita bimbang individu terbabit tergolong di dalam kategori penyebar dosa dan pembuka aib diri sendiri.
Justeru itu, jadikanlah dosa peribadi disebabkan menonton filem bercampur maksiat, atau menyukai musik hedonisme, atau melakukan maksiat secara fizikal kerana zina, curi, tidak solat dan sebagainya, sama ada kecil atau besar yang dilakukan di rumah, tersembunyi adalah antara individu terbabit dengan Allah SWT. Tujuannya agar seseorang itu beroleh rahmat Allah dan diberi hidayah untuk bertaubat sebelum maut menjelma.

Mungkin disebabkan pendedahannya, apabila ia ingin atau telah bertaubat, sukar untuknya untuk memaklumkan kepada semua yang pernah mendengar atau mengetahui pendedahannya agar bertaubat sama, malah taubatnya juga mungkin diragui orang lain atau paling kurang, membawa masalah dalam hati seperti boleh menumbulkan riya’.

Justeru jalan terbaik atas apa jua bentuk dosa yang telahatau pernah dilakukan adalah SENYAP DAN SEMBUNYIKAN. Ia bukan hipokrit, tetapi ia dituntut oleh Allah dan RasulNya dan usahakan bertaubat. Hiprokrit adalah bagi mereka yang berpura-pura baik, tetapi dalam hal ini, si pelau dosa hanyalah menyembunyikan dosanya. Tidak timbul persoalan dia cuba mengabui mata orangramai dan berpura-pura baik.

KESIMPULAN
Segeralah memadam paparan minat dan keterlibatan terhadap apa jua aktiviti, tayangan, muzik, bacaan selain untuk Allah, Rasul dan apa yang mendekatkan diri kepada keredhaan Allah. Walau sebanyak, sedalam manapun minat, sejauh manapun keterlibatan, sembunyikan ia, bukan bertujuan untuk menipu manusialain, tetapi agar dia tidak tergolong dalam kalangan berbangga dengan dosanya, mempromosi, membuka aib sendiri dan mengiklan kejahatan kepada orang lain.
Semaklah Facebook anda, blog, website, forum dan sembangan harian agar tidak tersalah dan mempergandakan dosa.

Tanda-Tanda Gangguan JIN Dalam Rumah dan Cara Mengusir Jin

Tanda-Tanda Gangguan JIN Dalam Rumah – Kadangkala kita tak sedar yang sebenarnya kita diganggu jin. Berikut merupakan pentanda gangguan jin di rumah.
  • Masakan selalu dan cepat basi ( rosak )
  • Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai
  • Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
  • Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
  • Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.
Cara Mengusir Jin – ( Tahap Pertama )
Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-
Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :
1) Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.
“Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun.”
2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :
  • AL-Fatehah
  • Ayat Kursi
  • At-Takathur
  • Az-Zalzalah
  • Al-Ikhlas
  • Al-Falaq
  • An-Naas
Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.
3) Atau membacakan ayat ini ke dalam air.
Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan darikejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.
Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. “Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.
Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.
Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.


Sumber: Tanda-Tanda Gangguan JIN Dalam Rumah | Fuh.My 

Tuesday, 17 December 2013

BAGAIMANA CARA BERZIKIR KETIKA SIBUK BEKERJA?

Zikir ialah ibadat paling ringan tetapi amat berat timbangan pahalanya. Walaupun mudah dan ringan diamalkan, kebanyakan muslim lupa melakukannya disebabkan tidak dilatih berbuat demikian.
Pengarang kitab Shafwah al-Shafwah menceritakan tentang seorang ahli ibadah melihat seekor burung yang selalu membawa sepotong daging setiap hari. Burung itu hinggap di atas pokok kurma. Ahli ibadah itu merasa hairan kerana tidak ada seekor burungpun yang mempunyai sarang di situ. Beliau berkata: “Saya memanjat pokok itu, saya melihat di sana ada seekor ular yang buta matanya. Setiap kali burung itu mendekatinya iapun bersuara lalu ular itu membuka mulutnya, sang burung meletakkan sepotong daging itu ke mulut ular dan kemudian terbang. Perbuatan itu dilakukannya setiap hari.”
Kisah tersebut mengajar kepada kita bahawa kemuliaan itu terletak pada seberapa besar manfaat yang boleh anda berikan kepada orang lain. Manakala kehinaan itu adalah kerana mensia-siakan potensi dan kekuatan jasmani dan rohani yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita. Sedangkan binatang bekerja mencari makanan tanpa tangan dan kaki yang sempurna. Tetapi manusia masih lagi diulit mimpi angan-angan yang panjang. Binatang dan alam semesta semuanya berzikir kepada Allah SWT, tetapi manusia sibuk melupakan Allah SWT.
Allah SWT berfirman menyeru kepada orang-orang yang mengaku beriman yang maksudnya:”Bekerjalah kamu, nescaya Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang beriman akan melihat pekerjaanmu itu dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Maha Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakannya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah al-Taubah Ayat 105)
Bekerja adalah ibadat. Bahkan nafkah yang dihulurkan kepada ahli keluarga adalah sedekah yang paling utama. Tetapi sifat malas sering timbul sewaktu melakukan jihad ini. Ia sentiasa hadir dalam kehidupan para pekerja yang beriman. Di manakah kelemahannya hingga semangat bertempur untuk mendapatkan keuntungan dunia yang halal itu menjadi kendur? Padahal Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: ”Jika datang hari kiamat dan di tangan seorang daripada kamu ada satu bijian tanaman, maka jika dia mampu menanamnya, hendaklah dia melakukannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Ahmad)
Semangat kerja Nabi Allah Idris AS patut dicontohi. Baginda adalah seorang tukang jahit yang mencari nafkah dengan hasil usaha tangannya sendiri. Pada suatu hari Allah SWT berfirman yang maksudnya:“Wahai Idris, tahukah kamu mengapa Aku mengangkat darjatmu hingga ke tempat yang sangat tinggi? Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan kami mengangkatnya ke kedudukan yang tertinggi.” (Surah Maryam; Ayat 57). Nabi Idris menjawab: “Saya tidak tahu wahai Tuhanku.” Allah berfirman: “Setiap hari amalanmu terangkat ke sisi-Ku seperti setengah amalan penduduk dunia ini kerana kamu banyak berzikir.” Allah berfirman yang maksudnya: “Kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh.” (Surah Fatir: Ayat 10)
Demikianlah keutamaan Nabi Idris AS kerana setiap kali baginda menusukkan jarumnya, pasti kalimah zikrullah yang empat diucapkan iaitu; Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, wa Allahu Akbar. Pekerjaan yang dilakukan sambil berzikir sungguh berat timbangannya di sisi Allah dan boleh menyuntikkan semangat untuk berjaya semata-mata kerana keredaan Allah.
Zikir adalah amalan yang paling mudah dan ringan tetapi amat berat pahalanya. Syaikh al-Islam al-Imam Ibnu Taimiyah dalam kitab agungnya, Majmu’ al-Fatawa menyatakan; Amalan yang paling utama selepas amalan yang fardhu adalah zikrullah. Dalam hadis sahih riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda: “Mahukah kamu aku tunjukkan amalan yang paling utama dan yang paling bersih di sisi Allah? Lebih baik daripada kamu bertemu dengan musuh-musuhmu lalu kamu memenggal leher mereka dan mereka juga memenggal leher-lehermu? Para sahabat menjawab: Tentu wahai Rasulullah. Rasulullah bersabda: Zikrullah.”
Demikianlah zikir yang dilakukan. Ia tidak memerlukan wuduk atau menutup aurat. Ia tidak dibatasi oleh waktu dan tempat. Di mana dan bila-bila sahaja dan dalam keadaan apapun ibadat ini boleh dilakukan. Sungguh senang tetapi ramai manusia yang meninggalkannya.
Al-Imam Ibnu al-Qayyim menyatakan: “Baginda memberi petunjuk supaya berzikir dalam setiap ucapan, tindakan, tarikan nafas, kala berdiri, duduk dan berbaring, gerak geri baginda adalah zikir kepada Allah.”
Rasulullah SAW adalah seorang manusia yang paling sibuk dengan dunianya dan paling bersedia untuk bekalan akhiratnya. Baginda adalah seorang Ketua Negara yang amanah, Mahaguru yang dihormati, pakar motivasi, Jeneral perang dan penganalisis politik yang hebat, ketua rumah tangga yang adil, pendakwah yang karismatik, ayah yang penyayang, saudara lelaki yang penyantun. Seluruh masa dan tenaga dikerahkan untuk memastikan mereka yang hidup di sisi baginda mendapat kebahagiaan dunia akhirat. Begitu juga dengan kita yang memenuhi hari-hari dengan kerja dan zikrullah, pastikanlah ianya tidak terhenti kecuali kedua kaki ini telah sampai di pintu kenikmatan tertinggi, syurga yang abadi!

Saturday, 14 December 2013

Jenis-jenis penyakit yang disebabkan oleh Makhluk Halus


Soalan:
Saya pernah membaca dalam beberapa penulisan termasuk penjelasan yang ustaz telah berikan dalam Harakah yang lepas bahawa makhluk halus (jin, syaitan dsbnya). Bolehkah ustaz jelaskan apakah jenis-jenis penyakit boleh dilakukan oleh makhluk ini kepada manusia?

Jawapan oleh Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din:
Berdasarkan kepada nas-nas yang sahih khususnya dalam al-Quran dan sunnah Nabawiyyah, bahawa Allah SWT memperincikan bahawa makhluk halus seperti jin, ifrit dsbnya, dalam keadaan tertentu boleh memberikan berbagai penyakit ke atas anak Adam.
Di antara penyakit itu disebut dalam Surah al-Baqarah ayat 102 (mafhumnya), “Sesungguhnya orang-orang yang memakan riba’ tidak dibangunkan pada Hari Kiamat melainkan dalam keadaan seperti orang yang telah rasuk oleh syaitan daripada sentuhan yang membawa kepada kecelakaan.”
Istilah yang Allah digunakan dalam ayat tersebut ialah ‘attkhabbut’ yang bermakna dipukul dengan kuat atau dicederakannya.

Surah al-A’raf ayat 201, Allah menggunakan perkataan ‘almass’ yang diantara maksudnya, “Sesungguhnya orang-orang yang taqwa itu apabila mereka diganggu oleh syaitan dengan ‘mass’, sentuhan yang boleh membawa kepada kehilangan akal oleh jin-jin yang berkeliaran. Mereka segera ingat kepada Allah SWT, lalu mereka dapat pulih.”

Surah al-Mujadalah ayat 19, Allah menggunakan perkataan ‘istihwaaz’, maksudnya syaitan boleh menguasai dan mengalahkan manusia sehingga mereka tidak sedarkan diri atau lupakan segalanya.
Surah al-A’raf ayat 300, syaitan boleh mengenakan kepada manusia ‘annazghu’ atau menipu dan menghasut untuk melakukan kejahatan. Ertinya golongan syaitan boleh menipu dan menghasut manusia sehingga kepada membunuh.

Surah as-Saad ayat 41, syaitan boleh mengenakan ‘annasad’ dalam ayat ini yang mafhumnya, “Dan ingatlah peristiwa hamba kami Ayub a.s, ketika ia bermunajat kepada Allah dengan mengadu katanya, ‘sesungguhnya saya ya Allah, dikenakan oleh syaitan dengan ‘nusghin wa azab’.” Nasad yang membawa makna penat atau lebih yang amat sangat.
Jelas bahawa kepenatan, keletihan, kesusahan dan azab sengsara boleh dilakukan oleh makhluk ini berdasarkan ayat-ayat yang saya sebutkan.

Dalam sunnah yang sahih, disebut bahawa syaitan dan suku sakatnya boleh menyebabkan manusia menjadi gila. Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, dikisahkan tentang seorang anak muda yang baru berkahwin sempena dengan Peperangan Ahzab. Beliau menyertai Rasulullah s.a.w mengorek parit di waktu tengahari, beliau memohon izin kepada Rasullah untuk pulang. Rasulullah keberatan mengizinkan. Namun atas desakannya lalu dibenarkan. Bagaimanapun Rasullullah mengingatkan kepada pemuda tersebut supaya membawa senjata. Apabila sampai di rumah beliau dapati isterinya berada di luar rumah. Lalu dilihat dalam rumahnya ada ulat hitam yang besar. Pemuda ini terus menusuk tombaknya kepada ular tersebut. Lalu ular itu menggelupur, tapi dalam waktu yang sama pemuda itu turut menggelupur. Akhirnya ular itu mati dan pemuda pun mati juga. Apabila peristiwa ini dimaklumkan kepada Rasulullah, lalu baginda menyebut itu (ular) adalah jin. (Sahih Mulim, Juzuk ke 4 hadis 1756).

Suatu peristiwa lain, Yaa’li bin Murrah menceritakan dari bapanya, bahawa suatu ketika seorang perempuan telah membawa anaknya yang berpenyakit ‘lammam’ (akal yang bercelaru atau gila). Rasullah s.a.w merawatnya dengan membaca sesuatu, lalu baginda menepuk belakangnya dan pemuda itu termuntah lalu keluarlah objek kehitam-hitaman berlari keluar dan terus hilang, lalu pemuda ini kembali siuman seperti biasa. Hadis ini terdapat dalam Musnah Imam Ahmad.

Inilah di antara sebahagian penyakit yang boleh dicetuskan syaitan ke atas manusia.

Friday, 6 December 2013

KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.


mumia ramses

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.
“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”
Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil.
Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898.
Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.
Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.
“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.
Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)
Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.
Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu.
Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.
Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:
“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)
Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”
Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.
Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.
“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.
Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah!


Kenapakah Dr. Maurice Bucaille Memeluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun?

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal pada tahun 1976.
Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.
Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.
Ini termasuklah apabila Presiden Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.
Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis.
Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.
Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.
Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan.
Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut.
Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.
Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?
Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).
Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

Tuesday, 30 July 2013

Pengakuan Ketua Perisikan Israel: Penghancuran Mursi Kerana Pemikiran Ikhwanul Muslimin Muslimin Dan Penerapan Syariah dan Khilafah..

Pengakuan Ketua Perisikan Israel: Penghancuran Mursi Kerana Pemikiran Ikhwanul Muslimin Muslimin Dan Penerapan Syariah dan Khilafah..


Ketua perisikan Israel menyebutkan diantara sebab utama penghancuan Mursi adalah kerana ia membawa pemikiran Ikhwanul Muslimin yang hari ini berkembang pesat di Timur Tengah; di Mesir, Turki, Tunisia, Maghribi, Libya, Gaza, dll. Kini mereka berupaya untuk membina kekuatan di Syria dan Jorden.

Kekuatan Ikhwanul Muslimin ada di pelbagai bidang, tak hanya sebagai gerakan politik, mereka juga mengisi kehidupan sosial dan berinteraksi dengan manusia.

Ada dua agenda besar yang kini sedang direncanakan Ikhwan;

Pertama: Mempromosikan negara khilafah dan penerapan syariat. Definisinya ada di Mesir, sebagai negara demokrasi yang melaksanakan sistem Syura .. sebuah merupakan konsep mermusyawaratan yang diakui dalam Islam.

Kedua: Strategi lebih luas iaitu memperkuat pertahanan mereka di tengah-tengah pengaruh rejim non demokratik pada masa demokrasi tidak boleh memadamnya dengan mudah, sebagaimana terlihat di Turki dan Gaza.

Masjid Al Azhar akan menjadi kekuatan penerapan Syari'at. Tapi ini akan menyusul, supaya fokus kepada pengukuhan legitimasi hukum yang sedang diterapkan oleh kerajaan Mesir.

Dua misi besar tadi akan menguatkan Ikhwanul Muslimin di kawasan. Maka parti-parti Ikhwan yang baru-baru ini berkembang di Mesir, Gaza dan Tunisia sedang bergerak menuju kursi kepemimpinan yang kemudian akan menjadikan mereka sebagai penanggung jawab. Tanggung jawab ini tidak lagi diterjemahkan sebagai pucuk-pucuk kecil, tapi sudah menjadi kembang yang utuh.

Jadi rampasan kuasa terhadap Ikhwan adalah bertujuan untuk menghalang tegaknya Daulah Islamiyah di Mesir. Penggulingan atas Mursi sebenarnya kerana takut pada kejayaannya, bukan kerana kegagalannya..

P/S: Israel takut dengan Mursi yang merupakan satu-satunya pemimpin Arab yang dipilih secara demokrasi.. Pendekatan Mursi yang menggunakan Al-Quran dan sunnah sebagai rujukan kepimpinannya merisaukan Israel jiran kepada Mesir.. Oleh kerana itu pelbagai agenda dan cara dilakukan dengan salah satunya mencanang kegagalan Mursi yang bertujuan untuk mengagalkan perkembangan Daulah Islamiyah di Mesir.. Wallahualam..


Tuesday, 23 July 2013

Dari Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat ke profesional multidisiplin

Entri ini sebenarnya lama berada dalam benak hati dan di minda kerana DUA sebab. Pertama, kalau ditanya ibu bapa, "Diploma mana terbaik di UiTM?" OM114 menjadi jawapan sampai hari ini. Kedua, bila ditanya lulusan SPM, "Kalau mohon UiTM, program mana elok?" OM114 Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat (kalau boleh) letakkan dalam kesemua pilihan Unit Pusat Universiti, ya!
Segala-galanya bermula 20 November 2001. Ketika itu pulang ke tanah air dengan langkah longlai setelah sekian lama merantau. Mahu tidak mahu 'panggilan' UiTM tidak boleh ditolak setelah emak dan ayah amat bersusah-payah membantu mendapatkan biasiswa Sarjana... But this entry is not about me.
UiTM Seri Iskandar awal alaf 2000
This entry is about OM114. Ketika melaporkan diri, HEA memberitahu Seri Manjung sahaja ada kekosongan. I was there before that place closed for good. Tidak sampai beberapa minggu di Seri Manjung, mesyuarat Jabatan Bahasa diadakan di Seri Iskandar.
That Friday I had my first contact with OM114. Mesyuarat Jabatan Bahasa diadakan di FSPU lama sebagai satu-satunya bangunan di Seri Iskandar (dengan hostel lama sebelah UpTown). Bangunan lain masih belum ada.
Before the meeting, I went to the old FSPU cafe. Tiba-tiba terdengar jeritan seorang pensyarah memanggil seorang siswi. Siswi itu dituduh berpakaian ketat (she wore a baggy long sleeved shirt at 3pm). Setelah puas memaki, mengambil kad pelajar dan duduk kembali dengan teman-temannya, pensyarah senior itu memanggil.
"Itu budak OM. Memang kena bagi. Perempuan OM semua macam itu," katanya. Mereka berpakaian seksi, bermekap dan tidak ada moral (kata para pensyarah FSPU berkenaan). Yang lelaki? "Budak lelaki OM sotong, lembut. Tidak macam lelaki". Seorang lagi menambah, "Secretary semuanya macam itulah!"
I remember this drama. Pertamanya kerana diberitahu siswi OM... seksi. Nah, pasti teruja kalau dapat mengajar mereka (I was 25, single). Kedua, persepsi dan juga pandangan pensyarah jurusan lain yang rata-rata amat, amat negatif tentang OM. But, I stood there and I still talked to those 'lecturers'. If that were to happen now...
The very next semester I fought my Coordinator to let me join OM114. For years teaching OM114 was super-cool. English for Occupational Purposes, English for Workplace Communication, these were superb interdisciplinary subjects. Masa yang sama, jarum dicucuk agar siswa/i OM114 menjadi ahli profesional pelbagai disiplin. Kenapa?!!

KERANAselepas diploma mereka semua layak memilih bidang multidisciplinary (untuk ijazah)!

KERANAdiploma ini amat menitikberatkan keupayaan komunikasi dan keterampilan personaliti!

KERANAkemahiran pengurusan adalah kemahiran generik dalam kesemua industri dan organisasi!

KERANAdiploma ini adalah batu loncatan terbaik untuk para pengurus dan pemimpin masa hadapan!

KERANAtidak ada diploma yang serba guna, serba jadi (versatile) seperti Pengurusan & Teknologi Pejabat!


DAN AKHIR SEKALIkehebatan dan kejayaan para graduan OM114 di alam kerjaya terlalu panjang untuk disenaraikan di sini. FAKTA ini tidak perlu pembuktian kerana mereka bertebaran di muka bumi Tuhan di Malaysia, ada pula yang di peringkat antarabangsa dan sudah ke luar negara, dalam pelbagai jalur karier dan pilihan kerjaya!

 
Persepsi bahawa graduan Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat hanya layak menjadi setiausaha (juga kerani atau office junior) adalah pendapat orang Melayu bodoh sombong. Pada masa yang sama jika graduan OM114 memilih menjadi setiausaha, peranan (ganjaran) karier ini dalam firma besar serta organisasi moden amat hebat. 
Bagaimana pula kisahnya dengan pandangan dan persepsi negatif segelintir Melayu tentang siswi/a dan program diploma ini? MUDAH! Si bodoh sombong tidak perlu dilayan. Buang masa, menghabiskan air liur sahaja. I'm glad to have known my OM114 undergrads. They're true SYMBOLS of contemporary, professional identity...