Soalan:
Saya pernah membaca dalam beberapa penulisan termasuk penjelasan yang
ustaz telah berikan dalam Harakah yang lepas bahawa makhluk halus (jin,
syaitan dsbnya). Bolehkah ustaz jelaskan apakah jenis-jenis penyakit
boleh dilakukan oleh makhluk ini kepada manusia?
Jawapan oleh Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din:
Berdasarkan kepada nas-nas yang sahih khususnya dalam al-Quran dan
sunnah Nabawiyyah, bahawa Allah SWT memperincikan bahawa makhluk halus
seperti jin, ifrit dsbnya, dalam keadaan tertentu boleh memberikan
berbagai penyakit ke atas anak Adam.
Di antara penyakit itu disebut dalam Surah al-Baqarah ayat 102
(mafhumnya), “Sesungguhnya orang-orang yang memakan riba’ tidak
dibangunkan pada Hari Kiamat melainkan dalam keadaan seperti orang yang
telah rasuk oleh syaitan daripada sentuhan yang membawa kepada
kecelakaan.”
Istilah yang Allah digunakan dalam ayat tersebut ialah ‘attkhabbut’ yang bermakna dipukul dengan kuat atau dicederakannya.
Surah al-A’raf ayat 201, Allah menggunakan perkataan ‘almass’ yang
diantara maksudnya, “Sesungguhnya orang-orang yang taqwa itu apabila
mereka diganggu oleh syaitan dengan ‘mass’, sentuhan yang boleh membawa
kepada kehilangan akal oleh jin-jin yang berkeliaran. Mereka segera
ingat kepada Allah SWT, lalu mereka dapat pulih.”
Surah al-Mujadalah ayat 19, Allah menggunakan perkataan ‘istihwaaz’,
maksudnya syaitan boleh menguasai dan mengalahkan manusia sehingga
mereka tidak sedarkan diri atau lupakan segalanya.
Surah al-A’raf ayat 300, syaitan boleh mengenakan kepada manusia
‘annazghu’ atau menipu dan menghasut untuk melakukan kejahatan. Ertinya
golongan syaitan boleh menipu dan menghasut manusia sehingga kepada
membunuh.
Surah as-Saad ayat 41, syaitan boleh mengenakan ‘annasad’ dalam ayat
ini yang mafhumnya, “Dan ingatlah peristiwa hamba kami Ayub a.s, ketika
ia bermunajat kepada Allah dengan mengadu katanya, ‘sesungguhnya saya ya
Allah, dikenakan oleh syaitan dengan ‘nusghin wa azab’.” Nasad yang
membawa makna penat atau lebih yang amat sangat.
Jelas bahawa kepenatan, keletihan, kesusahan dan azab sengsara boleh
dilakukan oleh makhluk ini berdasarkan ayat-ayat yang saya sebutkan.
Dalam sunnah yang sahih, disebut bahawa syaitan dan suku sakatnya
boleh menyebabkan manusia menjadi gila. Hadis yang diriwayatkan oleh
Muslim, dikisahkan tentang seorang anak muda yang baru berkahwin sempena
dengan Peperangan Ahzab. Beliau menyertai Rasulullah s.a.w mengorek
parit di waktu tengahari, beliau memohon izin kepada Rasullah untuk
pulang. Rasulullah keberatan mengizinkan. Namun atas desakannya lalu
dibenarkan. Bagaimanapun Rasullullah mengingatkan kepada pemuda tersebut
supaya membawa senjata. Apabila sampai di rumah beliau dapati isterinya
berada di luar rumah. Lalu dilihat dalam rumahnya ada ulat hitam yang
besar. Pemuda ini terus menusuk tombaknya kepada ular tersebut. Lalu
ular itu menggelupur, tapi dalam waktu yang sama pemuda itu turut
menggelupur. Akhirnya ular itu mati dan pemuda pun mati juga. Apabila
peristiwa ini dimaklumkan kepada Rasulullah, lalu baginda menyebut itu
(ular) adalah jin. (Sahih Mulim, Juzuk ke 4 hadis 1756).
Suatu peristiwa lain, Yaa’li bin Murrah menceritakan dari bapanya,
bahawa suatu ketika seorang perempuan telah membawa anaknya yang
berpenyakit ‘lammam’ (akal yang bercelaru atau gila). Rasullah s.a.w
merawatnya dengan membaca sesuatu, lalu baginda menepuk belakangnya dan
pemuda itu termuntah lalu keluarlah objek kehitam-hitaman berlari keluar
dan terus hilang, lalu pemuda ini kembali siuman seperti biasa. Hadis
ini terdapat dalam Musnah Imam Ahmad.
Inilah di antara sebahagian penyakit yang boleh dicetuskan syaitan ke atas manusia.
No comments:
Post a Comment